Allah Subhanahu Wa Ta'ala mengutus 124 ribu Nabi dan Rasul, namun tidak ada satu orang pun dari kalangan wanita.
Tetapi tak ada seorang nabi pun terkecuali Adam 'alaihi ssallam yang lahir MELAINKAN dari rahim wanita.
Begitu
mulianya seorang wanita sehingga dari rahimnya, Allah Subhanahu Wa
Ta'ala hadirkan kekasih-kekasih-Nya yang membawa risalah demi mencapai
kehidupan yang harmoni didunia dan akhirat.
Nabi Muhammad shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:
“Wahai
sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan
memasuki Syurga sebelum orang yang paling baik di antara lelaki. Mereka
akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suami diatas
keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil, mereka
seperti batu permata yang berkilau”
Bahkan Rasulullah bersabda:
“Sampaikan-lah
kepada seluruh wanita yang kamu jumpai, bahwasanya: “Taat kepada suami
dengan penuh kesadaran, maka pahalanya seimbang dengan pahala perang
membela agama Allah, tetapi sedikit sekali dari kamu sekalian yang mau
menjalankannya”
♥
(a). Seorang wanita solehah adalah
lebih baik dari pada 70 orang wali, seoarang wanita yang jahat lebih
buruk dari pada 1.000 orang lelaki yang jahat.
(b). Isteri yang
melihat suaminya dengan kasih-sayang dan suami yang melihat isterinya
dengan kasih sayang maka Allah akan memandangnya dengan pandangan
rahmat.
(c). Seorang wanita yang menyusui anaknya hingga cukup
tempoh yaitu 2 ½ tahun, maka malaikat-malaikat di langit akan
mengkhabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
(d). Sungguh
burung-burung diudara , ikan-ikan dilautan dan malaikat dilangit meminta
keampunan untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya selama ia
sentiasa dalam kerelaan suaminya.
(e). Siapa saja isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya ridha terhadap kepergiannya, maka ia akan masuk syurga.
(f).
Bila seorang suami pulang kerumah dengan perasaan gelisah, dan
isterinya menghiburnya maka isterinya akan mendapatkan pahala jihad.
(g).
Bila seorang wanita, mengerjakan dan menjaga solatnya, berpuasa pada
bulan ramadhan, menjaga amanah suaminya dan mentaati suaminya, Allah
Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikan izin padanya untuk memasuki syurga
melalui pintu mana saja yang disukainya.
(h). Bila seorang wanita hamil shalat dua rakaat adalah lebih baik dari pada 80 rakaat wanita yang tidak hamil.
(i).
Bila seorang wanita tidak dapat tidur kerana sakit dan menyusukan
anaknya, Allah Subhahu Wa Ta'ala akan mengampuni seluruh dosa-dosanya
dan mendapatkan pahala 12 tahun ibadah.
(j). Bila seorang wanita menyapu rumahnya dengan berzikir maka Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikan pahala meyapu Ka’bah.
(k).
Bila seorang wanita hamil , sehingga dia melahirkan anaknya, Allah
Subhanahu Wa Ta'ala akan memberikan pahala sebagaimana ia berpuasa pada
siang hari dan shalat sepanjang malam.
(l). Bila seorang wanita meninggal diantara 40 hari setelah melahirkan anaknya, ia mendapatkan pahala syahid.
(m).
Bila seorang wanita mendorong suaminya keluar rumah (Jihad) dijalan
Allah Subhanahu Wa Ta'ala, dan dia dapat menerima dengan ikhlas segala
kesulitan yang disebabkan ketidaan suaminya, maka ia akan memasuki
syurga 500 tahun lebih dulu dari suaminya. Dan 70.000 malaikat akan
menyambutnya , dan ia akan menantikan suaminya di syurga.
(n).
Bila seorang anak menangis di malam hari, dan ibunya tidak marah tetapi
memmujuknya, ia akan mendapatkan pahala satu tahun Ibadah.
(o).
Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah Subhanahu Wa Ta'ala
di akhirat, tetapi Allah datang sendiri kepada wanita yang menjaga
auratnya, yaitu memakai purdah didunia secara istiqomah.
Begitu
mudahnya seorang wanita mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala
mana kala dia taat kepada suaminya , tentunya ketaatan disini dalam
batasan-batasan Agama , kerana mana kala seorang suami sudah melanggari
apa yang digariskan Agama maka tidak ada lagi ketaatan bagi seorang
wanita. Kerana:
“Tidak ada ketaatan kepada mahluk yang menderhakai AL-Khalik”
Syekh Ibarahim Ali mengatakan:
“Seorang
wanita jika sudah dominan dalam kehidupan lelaki, maka ia akan menjadi
buah hati dan ruhnya. Bahkan akan menjadi segenap badan dan perasaan
lelaki. Semua tindakan kebaikan atau kejahatan yang dilakukan oleh
seorang lelaki, kerana dorongan wanita. Fikiran dan Amal para wanita
muslimah akan ikut serta berhembus dengan angin, mengalir dengan air,
menyatu dengan tanah, tanpa memerlukan kenderaan untuk membawanya, tanpa
memerlukan tenaga untuk mengangkutnya.
Kebaikan yang akan merebak atau kejahatan..…?
Semua itu tergantung kepada Amalan para wanita.
Dalam buku Ya binti waya ibnii , Ali Atthonthowi menulis :
“Wahai
puteriku, pintu kebaikan ada di ha dapan-mu. Kunci pintu itu ada
ditangan-mu. Jika engkau meyakininya dan engkau berusaha memasuki pintu
itu, maka keadaan akan berubah dan menjadi baik.
Engkau benar
puteri-ku, bahawa kaum pemuda-lah yang pertama melangkah menempuh jalan
dosa, bukan wanita, tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaan-mu dan tanpa
kelunakan sikap-mu, mereka tidak akan berkeras melangkah maju”
Sekarang
sudah jelas deng an apa dan bagaimana seharusnya kita bersikap, wanita
akan mejadi baik ketika para suami dapat mengarahkan wanita kearah
kebaikan, selama dari pihak para suami tidak mempunyai keinginan kearah
tersebut maka segala bentuk perbaikan akan sia-sia...
semoga bermanfaat
Waallahu A'lam bishshawab..
“Wassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh”
source : http://asaarham.blogspot.com/2013/05/contoh-dakwah-begitu-mudahnya-wanita.html
0 komentar:
Posting Komentar